^-^

Friday, January 27, 2012

REVOLUSI DAN KEBANGKITAN ANAK MUDA




Salam tautan mahabbah dan salam mahasiswa berevolusi buat teman-teman seperjuangan. Sudah lama aku biarkan blog aku bersawang, berhabuk,berdebu ..inilah bila diri sibuk dengan benda-benda lain,sehingga kan password blog pun boleh lupa.Blog lama aku www.furaiahfasihah.blogspot.com,maka kena la buat yang baru..Pening juga nak create sebab dah lama tidak selonkaq blog-blog ni. 

Buat pertama kalinya,diri ini tampil semula untuk mencoret sedikit coretan yang tidak seberapa agar menjadi inspirasi dan peringatan buat diri ini yang kerdil seterusnya para amilin sekalian..Isu atau perkara yang diri ini ingin kupaskan bukanlah perkara enteng malah bukan perkara sampah yang kita perlu ketepikan,tetapi ia adalah isu atau hak kita sendiri sebagai seseorang yang bergelar dengan status mahasiswa mahupun mahasiswi.Perkara ini sudah tentu sahabat sekalian sudah hadam dan sudah lunyai menghadapnya,walaupun ada yang sudah lunyai mungkin ada juga segelintir di kalangan kita kurang ambil port dalam beberapa isu. Isu yang ingin dikupaskan disini adalah isu kebangkitan anak muda,revolusi dan pelbagai lagi istilah yang boleh kita beri.Memang jarak yang memisahkan kita dengan mahasiswa-mahasiswa lain di tanah air, tetapi tidaklah menjadi halangan untuk kita bagi mengikuti perkembangan yang berlaku.
 
Suara mahasiswa,demonstrasi, isu Adam Adli, 901 dan banyak lagi isu-isu terkini yang berlaku di Negara kita.Seperti biasa, mahasiswa mahu berdemonstrasi dalam sebuah negara demokrasi. Demonstrasi dalam negara demokrasi, bukanlah bidaah. Sesiapa yang mengatakan demonstrasi adalah bidaah, kerana tiada ada pada zaman Nabi saw, maka dia harus menempah tiket kapal terbang untuk ke Saudi dan duduk dalam negara monarki yang tidak bidaah itu.

 Mengapa mahasiswa dibenarkan berhibur, tetapi dilarang berpolitik dan di halang dengan berdemonstrasi?Mengapa mahasiswa cuma dibenarkan berpolitik selepas tamat pengajian, tetapi budak-budak SPM, mat-mat rempit, minah-minah kilang, artis, askar, polis, pesawah, peladang, pekebun, pengawal keselamatan, penjual burger dan lain-lain apa lagi selepas umur 21 tahun dibenarkan berpolitik?
Maka dengan ini, sebagaimana AUKU yang bersifat baharu iaitu sebelum ini tidak ada, dan sekarang ada bukanlah dipinda lagi, tetapi dihapuskan terus, kerana tiada ada hujah langsung untuk AUKU hidup walau sesaat lagi.
Di sini tidak ada carte blanche, semuanya kena mengikut, semuanya kena pak turut, hanya angguk, hanya yes, hanya geleng, jika disuruh geleng, hanya no, bila disuruh no, tidak ada kebebasan fikrah di sini, di sini tidak ada carte blanche. Pemenjaraan pemikiran berlaku di sini, di tempat ini,di bumi ini, di negeri ini, di tanah ini, di sini tidak ada carte blanche.

Akal kita akan mati di sini, dilumpuhkan secara senyap,hanya Tuhan yang Akbar tahu,
Semua didoktrin menjadi robot, mesin atau terminator, untuk suatu,yang kononnya..masa depan,,tiada apa yang boleh dilanggar, tiada apa yang boleh didobrak, di sini tidak ada carte blanche.

Otak kita hanya membuntut sahaja, bercakap tentang makan apa, nak makan apa, nak makan di mana apa??, Di sini tidak ada carte blanche. Apa itu carte blanche? Kebebasan melaksanakan sesuatu, mengikut kebijaksanaan sendiri. Dan ini sangat relate dengan pembonsaian fikrah manusia bernama mahasiswa di Malaysia.

Bila Tuhan kurniakan kepada kita bakat dan kesedaran, kita wajib tahu, ada senapang perjuangan yang harus kita galas, dan harus lepaskan tembakan. Bukan kita harus bersekongkol dengan pemerintah zalim.

Ayuh Mahasiswa,
Bangkit Bersama Menegakkan Keadilan,
UNIVERSITI BUKAN TADIKA!
MAHASISWA BUKAN BONEKA!
TIADA REGIM YANG MAMPU MENUMBANGKAN ANAK MUDA!!
                                                                ( dipetik dalam salah satu ruangan buku yang di baca)

. “Aku rasa, better kau dapatkan kestabilan hidup dulu, then baru berjuang.”Kestabilan? Apakah kayu ukur kestabilan hidup? Dapat kerja besar? Dapat rumah besar? Dapat kereta besar? Baik. Katakan kita dapat semua tu, tapi masyarakat sekeliling kita, boleh dapatkah macam apa yang kita dapat? Dan jika mereka tak boleh dapat, apa sebab mereka tak boleh dapat?

Tidak. Sekali-kali tidak. Tidak sekali-kali. Kestabilan hidup adalah proses. Barangkali ianya mungkin cita-cita. Barangkali juga, kestabilan hidup itu, sesetengah kita percaya, akan diperoleh di hari kemudian. Sesetengah kita juga percaya, sesetengah manusia itu terpaksa berkorban demi kehidupan manusia lainnya.Jika mahu menunggu kestabilan hidup dahulu, baru berjuang, maka apakah? Siapakah yang mahu berkorban? Dan apa ertinya berkorban jikalau tiada ranjau?

Apa beza ranjau dalam perjuangan kita dan ranjau dalam belajar dan apa tujuan kita belajar sebenarnya?


Apa tujuan belajar?
Risau dan bimbang kalau kita tak mampu jawab satu soalan mudah ni, dan akan terkial-kial nak kata untuk dapatkan ilmu. Sebenarnya, adakah kita hanya mahukan  sijil, diploma, degree, dan dapat kerja besar, rumah besar dan gaji besar, that’s the point! Ini menunjukkan kita ni individualistik, dan materialistik macam orang lain juga.

Kita semua kena akui hakikat ini! Inilah matlamat pendidikan konvensional masakini! Mahu kita semua, jadi balaci pada tirani, jadi pak angguk pada si zalim, jadi jentera pada regim, jadi perkakas pada penindas.Sistem yang korup ini, memerlukan sebuah kitaran, untuk menjaga ianya supaya terus sampai bila bila status quonya tidak dicabar! Inilah matlamat sistem korup! Memerlukan sebuah silibus yang korup, yang mandul, untuk memandulkan fikrah anak-anak bangsanya supaya tidak bangkit melawan sistem korup ini pada akhirnya!

So, balik semula pada persoalan di awal, apa tujuan belajar??Benar. Kita belajar untuk mendapatkan ilmu. Tetapi, ilmu itu wajiblah bukan menjadi alat untuk kita mendapat doktor atau professor dalam masa yang sama tidak mencubit walau sedikit pun kezaliman! Ilmu itu wajib bergerak, dan menggerakkan! Ilmu itu bukan mati dalam buku2 teks teori, dan hanya berdiam diri terhadap kezaliman! Kata Rendra, pujangga besar Indonesia, ilmu itu, sama ada menjadi alat pembebas, atau alat penindas!

 Firman Allah:
Maksudnya:
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (55) وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
Maksudnya:
Hanya sanya wali (penolong) kamu hanyalah Allah, RasulNya, dan orang beriman yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat, dan mereka itu sentiasa rukuk. Dan barangsiapa yang berwalikan Allah dan, RasulNya dan orang beriman maka mereka telah tergolong dalam kumpulan Allah, (kumpulan) yang sentiasa menang.
[Al-Maidah 55-56] ([1])

Adapula berkaitan tugas kita semua yang terbesar, yang dipertanggungjawabkan oleh Allah dengannya, dan kita diciptakan kerananya, ia adalah: Mendirikan hukum Allah di muka bumi, serta mengeluarkan manusia dari penyembahan (ibadah)kepada hamba kepada penyembahan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada kelapangannya, dan dari kezaliman kekufuran kepada keadilan Islam.

Seterusnya, adakah kita semua mengetahui – wahai para pemuda – bagaimanakah merealisasikan tugas ini?

Tugas ini direalisasikan dengan lima sifat asas yang diperjelaskan, dan kita semua mengikat keazaman bagi menegakkannya dan mendalaminya:

(1) Dengan KEIMANAN yang teguh, yang tidak goyah dan tidak lembik.
Firman Allah:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Maksudnya:
Bahawasanya orang yang (benar-benar)beriman itu adalah yang mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka itulah golongan yang benar (Kalangan Ahli Syurga).
[Al-Hujuraat: 15]

(2) Dengan KEIKHLASAN yang tulin, yang tidak mengenal mushana`ah (buat-buat Ikhlas) dan sikap menunjuk-nunjuk.
Firman Allah:
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Maksudnya:
Dan mereka itu tidaklah diperintahkan melainkan hanya untuk beribadah kepada Allah dengan Ikhlas kerana agamaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid. Serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Yang demikian itulah agama yang benar.
[Al-Bayyinah: 5]

(3) Dengan KEAZAMAN (Determination) yang padat, yang tidak mengenal kebimbangan mahupun ketakutan.
Firman Allah:
الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ
Maksudnya:
(Nabi-nabi yang telah lalu itu) adalah orang yang menyampaikan risalah (syariat) Allah serta mereka hanya takutkan Allah dan tidak bimbang kepada seorang pun melainkan Allah.
[Al-Ahzaab: 39]

(4) Dengan AMAL KERJA yang rajin, yang tidak mengenal sikap lemah dan kelelahan.
Firman Allah:
وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Maksudnya:
Dan katakanlah (Wahai Muhammad): bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan. Dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Kemudia Dia akan menerangkan kepada kamu terhadap apa yang telah kamu kerjakan.
[at-Taubah: 105]

(5) Dengan PENGORBANAN yang mahal (expensive), yang tidak mengenal apa-apa bantuan dan pertolongan.
Firman Allah:
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Maksudnya:
Adakah kamu semua menyangka akan dapat memasuki Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cabaran) seperti yang telah berlaku kepada orang yang mendahului kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (musnah harta benda), serangan penyakit, serta digoyangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga Rasul dan orang yang beriman yang bersamanya berkata: “Bilakah (akan datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dab berpegang teguh kepada agama Allah).
[Al-Baqarah: 214]

Hakikatnya, lima sifat ini adalah antara keistimewaan (speciality) para pejuang -Khashaisur Rijal- yang teguh mempercayai apa yang dijanjikan Allah kepada mereka, juga merupakan antara ciri-ciri para pemuda -Mazaya asy-Syabab- yang tidak bimbangkan celaan orang yang mencela kerana (mereka berjuang kerana) Allah... disebabkan asas KEIMANAN (belive) adalah jantung (hati) –al-Qalb- yang bersih, asas IKHLAS adalah jantung (hati) – al-Fuaad- yang suci, asas KEAZAMAN adalah perasaan (sentiment) yang kuat, asas AMAL KERJA adalah kehendak yang sentiasa muda, asas PENGORBANAN adalah akidah yang teguh.. inilah sifat-sifat yang semuanya itu tidak teguh bersatu melainkan pada diri para pemuda, dan tidak khusus melainkan hanya pada pemuda-pemudi mukminin....

Dari sinilah, para pemuda mukmin dahulu dan kini di setiap peringkat dari peringkat-peringkat sejarah telah menjadi tiang sokongan bagi kebangkitan umat Islam, rahsia kekuatan Islam, pembangkit keagungan dan kemuliaan Islam, pembawa bendera dan panji-panji Islam, serta menjadi pemimpin kepada barisan batalion tentera-tentera Islam menuju keagungan dan kejayaan.

Waallahua’lam...




No comments:

Post a Comment