^-^

Monday, March 25, 2013

Amanah Ini Mengajarku Erti Tanggungjawab

Makhluk yang namanya manusia pasti pernah mengeluh. Sedar atau tidak, mengeluh itu sendiri adalah sifat asli manusia. Hanya sahaja, frekuensi dan kualiti keluhannya yang membezakan antara satu personaliti dengan personaliti lainnya. Biasanya perbezaan ini berkait dengan taraf kefahaman dan cara pandang seseorang tentang sesuatu masalah yang sedang dihadapinya. Sabar, ikhlas dan seberapa besar keinginan untuk mengubah sebuah keadaan menjadi lebih baik, biasanya akan meminima-kan isyarat-isyarat keluhan. Sebaliknya, sikap pesimis dan buruk sangka terhadap kejadian yang sedang menimpa secara automatik akan menimbulkan keluhan-keluhan yang kemudiannya beralih menjadi penyesalan.


Kenapa perlu mengeluh?? Mengeluh sebab bencana,ujian,mahupun perkara-perkara yang memberi kebaikan.Mengeluh kerana banyak tanggungjawab... Hmm, bagaimana hasil kerja itu? Adakah ikhlas yang hadir atau keterpaksaan.


Amanah atau tanggungjawab bukannya bencana yang kita sering bayangkan batu besar yang menghempap bahu kita..tetapi kita perlu memikulnya dengan penuh tanggungjawab serta ikhlas.Ia satu nikmat yang jarang kita ingatkan.


Firman Allah swt, Al Anfaal: 27. 
"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." Sedar atau tidak amanah ini mengajar kita erti tanggungjawab..
 
 Memimpin adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Amanah dan tanggungjawab ini tidak akan terlaksana tanpa adanya pemimpin yang berwibawa memeliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang tertentu, sesuai dengan tugas dan tanggungjawabnya, mengajak manusia mengabdikan diri sesungguhnya kepada Allah swt, melalui kerja-kerja memakmurkan bumi Allah swt, melakukan islah, menegakkan kebenaran, mengujudkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat dan negara.
 
Usai sudah kepimpinan aku sebagai BPP di MPKJ sesi 2012/2013... Amanah yang diberi ini sangat mengajarku erti tanggungjawab , mengajarku banyak ilmu kepimpinann,ilmu photoshop,ilmu komunikasi dan lain-lain.Siapa kata ia akan membebankan dan menyusahkan kehidupan,malah ia memberi ruang dan peluang untuk menjadi individu yang semakin proaktif dan kreatif.

Seorang pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, tidak boleh melarikan diri dari menjalankan tanggungjawabnya. Kalau dia seorang pemimpin rakyat, maka dia harus turun ke medan menemui rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka. Rakyat hendaklah dilayani dengan adil dan saksama.
Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Sesiapa yang diberi Allah swt kuasa untuk menguruskan sesuatu urusan kaum Muslimin, tetapi dia berlindung tidak menunaikan keperluan mereka atau menghiraukan kemiskinan mereka, nescaya Allah swt berlindung Diri tidak melayani hajat dan permintaannya’. (Hadis Sahih)

Ingatlah sabda Rasulullulah saw; kepada Abu Dzar ra ketika ia meminta dilantik menjadi pegawai Rasulullulah saw, Rasulullulah saw menepuk bahunya serta bersabda; ‘Hai Abu Dzar kamu seorang yang lemah sedangkan jawatan itu adalah satu amanah (tanggungjawab) yang kelak di hari kiamat menjadi hina dan menyesal kecuali orang yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipannya’.
 
~ Sukalah dengan Nikmat, suka mahupun duka~ 

Mu'tah, Jordan
23:47pm
26032013


Wednesday, January 16, 2013

Kemahiran Perlu Diasah Bukan Datang Sendiri

Kruk..kruk.. kepala yang tidak gatal,aku masih menggaru..pening macam mana nak buat. Ni lah...bila kita tinggal, jarang practise,jarang kelebek benda ni lama-lama boleh lupa.

Sekarang, era zaman facebook,twitter.. dulu era blog.Memang selalu update blog aku ni. Sekarang nak edit benda alah ni garu kepala, dah x reti nak buat. Aku belek-belek blog lama aku..rindu sangat.. sekarang dah tahun 2013, last update blog tu 2011..fuh!! lama betul.Ni sebab dah tak ingat password, hmmm memang confirm la x leh nak update... furaiahfasihah.blogspot.com... dalam kenangan.

Bila create blog baru pun,nak update tu bukan main susah... sekarang zaman facebook,twitter. Tetapi tu bukan soalnya sekarang..kalau dah rajin atau minat,memang la kita x miss nak update.

Tak kisah la bidang atau kemahiran apa pun,bila kita tak practise selalu,confirm kita lupa. Sama la kaedahnya madah pelajaran yang kita sering belajar di dalam kelas.. Practise make perfect! It's right..
Yes!!.. Subjek atau madah apa yang kita pelajari dalam kelas jangan kita bungkus kemas dalam nota-nota kita yang berbunga-bunga tu, kita perlu mengamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Contohnya, madah fiqh ibadat,kita belajar bab haji,bab umrah.. hihi, saper-saper ada duit lebih tu,boleh la menunaikan umrah.Bukan mudah nak faham subjek ni,bila kita sendiri merasai bagaimana perjalanan atau kaedah yang betul menunaikan ibadah haji atau umrah itu.. tentu rasa nikmat belajar yang sebenar.

Yes!! i get something. Ilmu,kemahiran ni jangan dibiar..kita perlu ikat dengan kemas pada diri kita.Kita perlu juga ada keyakinan dan konsep diri yang membantu ilmu dan kemahiran ini sentiasa sebati dalam jiwa kita. Kita mengharungi hidup ini seperti kita melihat diri kita. sedar atau tidak, kita akan meletakkan definisi tertentu kepada diri sendiri dan ada kalanya ia berpandukan pandangan orang lain terhadap kita.





Benar!, imej diri dipengaruhi banyak faktor seperti pandangan ibu bapa, kawan, persekitaran dan media. Keyakinan diri pula merujuk kepada cara kita menilai harga diri kita dan pandangan mengenai diri sama ada positif atau negatif. Macam mana?? kita semua memang hebat, cuma diri kita yang selalu meletakkan nilai negatif pada diri kita sendiri. Segala ilmu,kemahiran ni bukan kita x pandai..cuma kena rajin dan selalu practise agar semakin mahir dan tidak lupa.. Betul tak.

Sekarang ni,siapa-siapa yang masih tak tahu guna microsoft word, haha.. memang dah ketinggalan la..sekarang era mahasiswa perlu terer bab photoshop dan design. Sebab apa kemahiran dan ilmu ini lah medan dakwah yang orang guna pakai sekarang. Setiap diri individu perlu mencari lubang-lubang dakwah yang memudahkan penyampaian yang berkesan. Jadi, apa lagi.. "sharp your skill's to shin in the dakwah".

WaAllahu'alam. ( ^ - ^)

Tuesday, December 25, 2012

Andai Rasulullah masih ada...


Ingin Sekali Merasai Minumannya.

Aisyah ha. meriwayatkan : " Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w. adalah minuman yang manis dan dingin." 
[Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Hakim dan Abu Syaikh]

Ibn Abbas r.a. meriwayatkan; " Saya bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan Khalid bin Walid menziarahi Maimunah. Dia pun menghulurkan satu wadah(bekas) susu. Rasulullah s.a.w. segera meminumnya. Pada waktu itu, saya berada di sebelah kanan Baginda dan Khalid berada di sebelah kiri Baginda. Setelah meminum susu itu, Rasulullah s.a.w. berkata kepada saya : " Sekarang, giliran kamu untuk minum. Tetapi, jika kamu mahu, kamu boleh mendahulukan Khalid." Saya menjawab : " Tidak mungkin saya mendahulukan orang lain untuk meminum bekas minumanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Sesiapa diberi makanan oleh Allah, maka hendaklah dia berdoa- Ya Allah, beri kami berkat dalam makanan ini dan tambahkan makanan ini untuk kami.
" Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud: " Tidak ada sesuatu pun yang boleh berfungsi sebagai makanan sekaligus minuman selain susu." 
 [Riwayat a;-Tirmizi dan Ahmad]. 

Sunday, December 2, 2012

Aku mesti terus menulis walau satu ayat..

Ya Allah..aku renung tarikh di kalendar yang tertulis 2 Disember 2012,dan aku menjengah di blog aku yang bersawang ini..dah lama aku tak menulis rupanya. Aku pun tidak boleh beri sebab kenapa aku sudah lama tidak menulis.. Last entry aku pada bulan Februari.. sudah genap 9 bulan aku tidak aktif blog rupanya..

Hati aku mula terdetik " Eh,macam mana rupa blog aku ar.." apasal aku malas menulis. Mungkin disebabkan aku terpaksa buat entry baru untuk blog baru aku ni, aku jadi malas.. Blog lama aku..aku dah tak ingat password,so tak boleh masuk entry la..kena la bukak akaun baru... Mungkin ni sebab minor la kenapa malas nak menulis.

Usai sudah aku habiskan bacaan aku iaitu "Diari Musafir Jangan Berhenti 'Berlari ' ".. karangan Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Aku mula bermotivasi diri, Dr yang lagi sibuk komitmenya pun boleh luangkan masanya dengan menulis di blog,sedangkan aku..jauh berbezalah..kenapa perlu ada alasan untuk tidak menulis?.


Bermula dari bab 1 " Kisah Saya dan Motivasi Diri", banyak Dr menceritakan perihal motivasinya yang tinggi mampu mencapai apa yang ditargetnya. Aku juga perlu berbuat begitu.. Apakah rahsianya...desire yang tinggi. Ya!.aku perlu menanam desire yang tinggi,semangat untuk terus maju ke hadapan,perlu letakkan apa matlamat aku sendiri.

Diri aku mula bermotivasi. Aku masih teringat-ingat pesanannya " Jadikanlah Allah, RasulNya dan syurga yang dijanjikanNya sebagai motivasi, nescaya Allah tidak akan mati dan janjiNya tidak akan mengecewakan.Inilah yang menjadi pendorong dan motivasi diri,bukan kerana insan lain semata-mata.
InsyaAllah..semoga Allah tetapkan hati agar aku tidak hanya menulis di ketika ini..aku akan terus menulis dan berusaha memperbaikinya.

Maaf teman-teman blog,jika anda meninjau blog ini sepi,sunyi dan hanya entry-entry lama.. insyaAllah, Perajurit Mukminah akan terus menulis. :)
Waallahu'alam.


Monday, February 20, 2012

MENGUBATI PENYAKIT LAGHA DAN MENCEGAH DARIPADANYA

Masa terus berlalu.. nak kejar masa?? mustahil untuk kita,apatah lagi dah banyak kita ditinggalkan masa begitu sahaja..Bagaimana kita mengisi masa kita dengan sebaiknya.Sehari kita diberikan Allah 24 jam untuk kita bijak memanagenya agar tidak menjadi sia-sia.
 
Perkara yang sangat penting buat kita sebagai mahasiswa dalam pengurusan masanya.Kajian melalui servey dan lihat panorama sekarang ni majoriti mahasiswa tidak kisah di luar negara mahapun di negara sekali pun sering menghabiskan masa-masa senggangnya dengan menonton cerita-cerita lagha.. Dan sangat memalukan sekiranya mahasiswa tersebut di kalangan mahasiswa yang berjurusan agama. Apabila kita berbicara soal mahasiswa sudah tentu kita tahu mahasiswa ini adalah pemangkin generasi akan datang yang akan memimpin dunia suatu hari nanti..Tidakkah menjadi satu danggal sekiranya "Mahasiswa Islam" yang menuntut ilmu sering menghabiskan masa dengan perkara-perkara lagha misalnya menonton movie korea..
 
Sudah menjadi satu trend di mana sahaja, movie korea menjadi satu hobi yang tidak boleh lari dari rutin harian.Kenapa kita selalu sahaja terjerumus dengan masalah-masalah ini dan bagaimana kita nak menghindarinya.Bagi mengubati penyakit “lagha” dan mencegah daripadanya dapatlah dilaksanakan dengan  mengikut langkah-langkah berikut ;
 
1)Benar-benar memahami garis pemisah di antara “lagha” dan lainya.
Telah lalu, antaranya sebab-sebab berlakunya “lagha” ialah disebabkan setengah-setengah manusia menyangka bahawa “ lagha” itu adalah harus(mubah) mengikut pandangan syarak,berdasarkan hadith …………………..(mengagihkan masa) sebahagian adalah untuk lagha, berlaku begini disebabkan salah faham tentang maksud hadith,sekiranya mereka faham tentang garis pemisah antara “ lagha” dan lainya .
Olleh itu ,sebagai permulaan bagi membersih diri daripada penyakit lagha atau mencegah daripada terperangkap dengan penyakit lagha ialah dengan cara memahami maksud “ lagha” dengan kefahaman yang betul  bagi membezakan antara lagha dan lainya agar seseorang itu tidak terjebak dengan perkara yang dilarang dan ditegah itu sedang ia menyangka bahawa lainya diharus oleh syarak.
 
2) Sentiasa menghayati kitab Allah,sunnah dan sirah nabawiyyah.
                Dengan menghayati kitab Allah(Al-Quran),sunnah dan sirah nabi S.A.W  akan membuahkan beberapa  perkara, antaranya:
a)      Dapat mengenal  Allah S.W.T ,dan kesempurnaanyan, kerana ini dapat memupuk sikap “muraqabatullah” dalam diri dan jiwanya maka ia akan merasa malu untuk melakukan perkara “lagha” kerana Allah melihatnya.
b)      Yakin bahawa setiap  makhluk tetap kembali kepada   Allah, lalu dihisab dan dihitung segala yang dilakukan di dunia lalu dibalas setimpal dengan apa yang diusahakan dengan demikian ia takut melakukan perkara “lagha” jika sekiranya berlaku juga, dia segera bertaubat dan kembali kepada Allah S.W.T.
c)       Seseorang itu dapat mengetahui tugas dan perananya diatas muka bumi ini, dan mengikut jalan yang lurus dalam melaksanakan tugas dan perananya, tugas dan perananya adalah mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
d)      Mengetahui balasan dan ganjaran mereka yang menjaga dan mengawasi  diri daripada melakukan “lagha”.
e)      Mengetahui  tentang sesuatu yang dapat meringankan tekanan jiwa dengan menceburi hiburan yang menghayati kitab Allah, sunnah dan sirah nabawyyah.
 
3) Hidup dalam persekitaran yang bersih daripada lagha.
                Persekitaran yang bersih daripada lagha, samada persekitaran yang dekat seperti rumah, atau persekitaran yang jauh(luas) seperti kawan-kawan dan masyarakat seluruhnya,persekitaran yang bersih ini dapat membantu seseorang melepaskan daripada perangkap lagha, bahkan dapat menjaga dan mengawalnya daripada awal lagi daripada terjebak denganya, sehingga dikatakan : “Manusia itu adalah anak persekitaranya,sekira mana  baik persekitaranya baiklah ia,buruk persekitaranya buruklah dia”.
 
4) Masyarakat mestilah melaksanakan kewajipanya terhadap orang-orang yang terkenal dengan “lagha”.
                Dikalangan mukmin sesama mukmin terdapat ikatan “walak” yang bertonggakan “TAKAFUL” takaful yang berunsur maddi(kebendaan) atau  maknawi (kerohanian) firman Allah S.W.T (Surah At taubah Ayat 71)……. Bermaksud:
Termasuk juga dalam pengertian “takaful” iaitu membantah terhadap orang-orang yang melakukan perkara-perkara  “lagha” dengan syarat menggunakan pendekatan-pendekatan yang sesuai dan munasabah, bertitik tolak daripada sabda Rasulullah S.A.W :………   maksudnya : sesiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahkan kemungkaran itu dengan tanganya,maka jika sekiranya ia tidak mampu(berbuat demikian) maka hendaklah ia mengubahya denganlidah(percakap[an,nasihat),maka sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubahnya dengan hati, maka yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.
 
5) Pemerintah mestilah membersihkan alam kehidupan ini daripada penyakit “lagha”.
                Pemerintah mestilah sentiasa memantau mereka yang melakukan lagha dan mengubati mereka dengan uslub dan pendekatan yang sesuai dan munasabah dan cara-cara yang berkesan, kerana sesungguhnya Allah S.W.T memberi tugas nasihat kepada Sultan(pemerintah) sekiranya nasihat melalui quran tidak diterima.
6) Sentiasa mengigatkan mereka tentang eloknya keadaan orang yang meminggirkan diri daripada “lagha”,dan balasan buruk bagi mereka yang terjebak denganya.
                Perkara ini dapat dilakukan dengan menerangkan ganjaran pahala yang akan diperolehi mereka yang meninggalkan “lagha” dan tidak bersekongkol dengan orang-orang lagha, juga menerangkan kedudukan yang tinggi disisi Allah S.W.T , juga kedudukan yang baik dikalangan manusia juga menerangkan kepada mereka tentang kelebihan mereka di dunia dan tentang akibat buruk yang akan menimpa mereka yang melakukan “lagha” begitu juga mereka yang bersekonkol dengan mereka,serta mereka yang suka dan merestui lagha tersebut, sesungguhnya diri insan sentiasa lupa , maka bagi mengubati lupa ialah dengan memberi  peringatan, firman Allah S.W.T: (Surah Az-Zariyat Ayat 55) bermaksud:…….
 Dan firman Allah lagi surah Al-A’la Ayat 9) yang bermaksud:….
 
7) bertindak secara berperingkat terhadap nafsu bagi melepaskan diri daripada lagha.
                Oleh kerana sesuatu tabiak yang sudah sebati dengan kita susah hendak meninggalkanya secara sekali gus, berat dan susah untuk berbuat demikian, oleh itu cara yang paling baik ia cuba meninggalkan secara berperingkat-peringkat,sebagai contoh yang ditunjukan oleh Allah S.W.T tentang pengharaman arak begitu juga “riba:, pengharamanya  melalui empat peringkat berlaku demikian kerana menyedari tentang hakikat nafsu manusia serta bertitik tolak daripada bumi nyata tentang hakikat  nafsu manusia itu sendiri, contohnya, bagi peringkat pertama ia berusaha untuk meninggalkan lagha  yang haram, bagi peringkat kedua cuba pula meninggalkan lagha yang makruh, ketiga melangkah pula  kearah mengurangkan lagha yang diharuskan serta berusaha bersungguh bagi membenci lagha tersebut -tak mau disebut-sebut lagi… begitulah seterusnya.
 
 
8) Menangani nafsu mestilah tegas dan penuh keazaman.
                Sesungguhnya nafsu itu apabila ia melihat tuanya mengambil mudah dalam semua perkara  mulalah ia menguasai tuanya dengan bantuan syaitan dari kalangan jin dan manusia,juga godaan dunia agar menuntut tuanya ke lembah “lagha”, sebaliknya apabila ia (nafsu) melihat tuanya bertindak tegas, dengan kehendak dan keupayaan yang tinggi, keazaman yang benar,maka ia akan terhalang untuk melakukan lagha dan berkemungkinan besar  meninggal lagha dengan cepat, seperti kata penyair bermaksud: Nafsu bagaikan kanak-kanak, jika dibiarkan dia menyusu sampai  ke tua, jika dilahkan susu maka dia akan berhenti menyusu.
 
9) Sentiasa menatap sejarah para nabi dan sirah para solihin.
                Sesungguhnya sejarah para anbiya’ dan sirah para solihin penuh dengan cerita-cerita yang  bahawa mereka amat perihatin dalam usaha membersihkan diri daripada “lagha”, ini boleh membantu melahirkan rasa ingin mengikuti dan menjadi mereka sebagai contoh, atau sekurang-kurangnya meniru mereka, benarlah firman Allah S.W.T  (Surah Yusuf Ayat-111) yang bermaksud:….
10) Rehatkan (hiburkan nafsu dengan perkara-perkara yang harus).
Nafsu  apabila diberi kepuasan dengan perkara yang diharuskan oleh syarak, dia jadi kenyang dan rasa cukup dan memadai, yang akhirnya dia tidak lagi melakukan perkara “lagha” yang tidak diharuskan oleh syarak, tetapi biarlah melakukan yang harus mengikut kadarnaya, jangan keterlaluan dan jangan pula terlalu sedikit.
 
 
11) Sentiasa bermuhasabah diri.
                Muhasabah ini biarlah dilakukan selepas setiap perlakuan,perkataan ataupun perbuatan, lepas setiap sejam, lepas tiap-tiap kali sembahyang,tiap-tiap akhir hari,tiap-tiap akhir minggu, penghujung setiap bulan, suku tahun, setengah tahun, tiga suku tajun, akhir tahun, tujuanya untuk bermuhasabah dan memantau sudut kecelaan, kerosakkan dan berusaha mengatasinya satu demi satu, agar hati sentiasa bersih  bercahaya, diri ceria lapang dada, segala amalan dan perkerjaan mendapat keredaan Allah dan Rasulnya, mengembirakan mukmin-mukmin yang benar.

Friday, January 27, 2012

REVOLUSI DAN KEBANGKITAN ANAK MUDA




Salam tautan mahabbah dan salam mahasiswa berevolusi buat teman-teman seperjuangan. Sudah lama aku biarkan blog aku bersawang, berhabuk,berdebu ..inilah bila diri sibuk dengan benda-benda lain,sehingga kan password blog pun boleh lupa.Blog lama aku www.furaiahfasihah.blogspot.com,maka kena la buat yang baru..Pening juga nak create sebab dah lama tidak selonkaq blog-blog ni. 

Buat pertama kalinya,diri ini tampil semula untuk mencoret sedikit coretan yang tidak seberapa agar menjadi inspirasi dan peringatan buat diri ini yang kerdil seterusnya para amilin sekalian..Isu atau perkara yang diri ini ingin kupaskan bukanlah perkara enteng malah bukan perkara sampah yang kita perlu ketepikan,tetapi ia adalah isu atau hak kita sendiri sebagai seseorang yang bergelar dengan status mahasiswa mahupun mahasiswi.Perkara ini sudah tentu sahabat sekalian sudah hadam dan sudah lunyai menghadapnya,walaupun ada yang sudah lunyai mungkin ada juga segelintir di kalangan kita kurang ambil port dalam beberapa isu. Isu yang ingin dikupaskan disini adalah isu kebangkitan anak muda,revolusi dan pelbagai lagi istilah yang boleh kita beri.Memang jarak yang memisahkan kita dengan mahasiswa-mahasiswa lain di tanah air, tetapi tidaklah menjadi halangan untuk kita bagi mengikuti perkembangan yang berlaku.
 
Suara mahasiswa,demonstrasi, isu Adam Adli, 901 dan banyak lagi isu-isu terkini yang berlaku di Negara kita.Seperti biasa, mahasiswa mahu berdemonstrasi dalam sebuah negara demokrasi. Demonstrasi dalam negara demokrasi, bukanlah bidaah. Sesiapa yang mengatakan demonstrasi adalah bidaah, kerana tiada ada pada zaman Nabi saw, maka dia harus menempah tiket kapal terbang untuk ke Saudi dan duduk dalam negara monarki yang tidak bidaah itu.

 Mengapa mahasiswa dibenarkan berhibur, tetapi dilarang berpolitik dan di halang dengan berdemonstrasi?Mengapa mahasiswa cuma dibenarkan berpolitik selepas tamat pengajian, tetapi budak-budak SPM, mat-mat rempit, minah-minah kilang, artis, askar, polis, pesawah, peladang, pekebun, pengawal keselamatan, penjual burger dan lain-lain apa lagi selepas umur 21 tahun dibenarkan berpolitik?
Maka dengan ini, sebagaimana AUKU yang bersifat baharu iaitu sebelum ini tidak ada, dan sekarang ada bukanlah dipinda lagi, tetapi dihapuskan terus, kerana tiada ada hujah langsung untuk AUKU hidup walau sesaat lagi.
Di sini tidak ada carte blanche, semuanya kena mengikut, semuanya kena pak turut, hanya angguk, hanya yes, hanya geleng, jika disuruh geleng, hanya no, bila disuruh no, tidak ada kebebasan fikrah di sini, di sini tidak ada carte blanche. Pemenjaraan pemikiran berlaku di sini, di tempat ini,di bumi ini, di negeri ini, di tanah ini, di sini tidak ada carte blanche.

Akal kita akan mati di sini, dilumpuhkan secara senyap,hanya Tuhan yang Akbar tahu,
Semua didoktrin menjadi robot, mesin atau terminator, untuk suatu,yang kononnya..masa depan,,tiada apa yang boleh dilanggar, tiada apa yang boleh didobrak, di sini tidak ada carte blanche.

Otak kita hanya membuntut sahaja, bercakap tentang makan apa, nak makan apa, nak makan di mana apa??, Di sini tidak ada carte blanche. Apa itu carte blanche? Kebebasan melaksanakan sesuatu, mengikut kebijaksanaan sendiri. Dan ini sangat relate dengan pembonsaian fikrah manusia bernama mahasiswa di Malaysia.

Bila Tuhan kurniakan kepada kita bakat dan kesedaran, kita wajib tahu, ada senapang perjuangan yang harus kita galas, dan harus lepaskan tembakan. Bukan kita harus bersekongkol dengan pemerintah zalim.

Ayuh Mahasiswa,
Bangkit Bersama Menegakkan Keadilan,
UNIVERSITI BUKAN TADIKA!
MAHASISWA BUKAN BONEKA!
TIADA REGIM YANG MAMPU MENUMBANGKAN ANAK MUDA!!
                                                                ( dipetik dalam salah satu ruangan buku yang di baca)

. “Aku rasa, better kau dapatkan kestabilan hidup dulu, then baru berjuang.”Kestabilan? Apakah kayu ukur kestabilan hidup? Dapat kerja besar? Dapat rumah besar? Dapat kereta besar? Baik. Katakan kita dapat semua tu, tapi masyarakat sekeliling kita, boleh dapatkah macam apa yang kita dapat? Dan jika mereka tak boleh dapat, apa sebab mereka tak boleh dapat?

Tidak. Sekali-kali tidak. Tidak sekali-kali. Kestabilan hidup adalah proses. Barangkali ianya mungkin cita-cita. Barangkali juga, kestabilan hidup itu, sesetengah kita percaya, akan diperoleh di hari kemudian. Sesetengah kita juga percaya, sesetengah manusia itu terpaksa berkorban demi kehidupan manusia lainnya.Jika mahu menunggu kestabilan hidup dahulu, baru berjuang, maka apakah? Siapakah yang mahu berkorban? Dan apa ertinya berkorban jikalau tiada ranjau?

Apa beza ranjau dalam perjuangan kita dan ranjau dalam belajar dan apa tujuan kita belajar sebenarnya?


Apa tujuan belajar?
Risau dan bimbang kalau kita tak mampu jawab satu soalan mudah ni, dan akan terkial-kial nak kata untuk dapatkan ilmu. Sebenarnya, adakah kita hanya mahukan  sijil, diploma, degree, dan dapat kerja besar, rumah besar dan gaji besar, that’s the point! Ini menunjukkan kita ni individualistik, dan materialistik macam orang lain juga.

Kita semua kena akui hakikat ini! Inilah matlamat pendidikan konvensional masakini! Mahu kita semua, jadi balaci pada tirani, jadi pak angguk pada si zalim, jadi jentera pada regim, jadi perkakas pada penindas.Sistem yang korup ini, memerlukan sebuah kitaran, untuk menjaga ianya supaya terus sampai bila bila status quonya tidak dicabar! Inilah matlamat sistem korup! Memerlukan sebuah silibus yang korup, yang mandul, untuk memandulkan fikrah anak-anak bangsanya supaya tidak bangkit melawan sistem korup ini pada akhirnya!

So, balik semula pada persoalan di awal, apa tujuan belajar??Benar. Kita belajar untuk mendapatkan ilmu. Tetapi, ilmu itu wajiblah bukan menjadi alat untuk kita mendapat doktor atau professor dalam masa yang sama tidak mencubit walau sedikit pun kezaliman! Ilmu itu wajib bergerak, dan menggerakkan! Ilmu itu bukan mati dalam buku2 teks teori, dan hanya berdiam diri terhadap kezaliman! Kata Rendra, pujangga besar Indonesia, ilmu itu, sama ada menjadi alat pembebas, atau alat penindas!

 Firman Allah:
Maksudnya:
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (55) وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
Maksudnya:
Hanya sanya wali (penolong) kamu hanyalah Allah, RasulNya, dan orang beriman yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat, dan mereka itu sentiasa rukuk. Dan barangsiapa yang berwalikan Allah dan, RasulNya dan orang beriman maka mereka telah tergolong dalam kumpulan Allah, (kumpulan) yang sentiasa menang.
[Al-Maidah 55-56] ([1])

Adapula berkaitan tugas kita semua yang terbesar, yang dipertanggungjawabkan oleh Allah dengannya, dan kita diciptakan kerananya, ia adalah: Mendirikan hukum Allah di muka bumi, serta mengeluarkan manusia dari penyembahan (ibadah)kepada hamba kepada penyembahan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada kelapangannya, dan dari kezaliman kekufuran kepada keadilan Islam.

Seterusnya, adakah kita semua mengetahui – wahai para pemuda – bagaimanakah merealisasikan tugas ini?

Tugas ini direalisasikan dengan lima sifat asas yang diperjelaskan, dan kita semua mengikat keazaman bagi menegakkannya dan mendalaminya:

(1) Dengan KEIMANAN yang teguh, yang tidak goyah dan tidak lembik.
Firman Allah:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Maksudnya:
Bahawasanya orang yang (benar-benar)beriman itu adalah yang mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka itulah golongan yang benar (Kalangan Ahli Syurga).
[Al-Hujuraat: 15]

(2) Dengan KEIKHLASAN yang tulin, yang tidak mengenal mushana`ah (buat-buat Ikhlas) dan sikap menunjuk-nunjuk.
Firman Allah:
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Maksudnya:
Dan mereka itu tidaklah diperintahkan melainkan hanya untuk beribadah kepada Allah dengan Ikhlas kerana agamaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid. Serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Yang demikian itulah agama yang benar.
[Al-Bayyinah: 5]

(3) Dengan KEAZAMAN (Determination) yang padat, yang tidak mengenal kebimbangan mahupun ketakutan.
Firman Allah:
الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ
Maksudnya:
(Nabi-nabi yang telah lalu itu) adalah orang yang menyampaikan risalah (syariat) Allah serta mereka hanya takutkan Allah dan tidak bimbang kepada seorang pun melainkan Allah.
[Al-Ahzaab: 39]

(4) Dengan AMAL KERJA yang rajin, yang tidak mengenal sikap lemah dan kelelahan.
Firman Allah:
وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Maksudnya:
Dan katakanlah (Wahai Muhammad): bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan. Dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Kemudia Dia akan menerangkan kepada kamu terhadap apa yang telah kamu kerjakan.
[at-Taubah: 105]

(5) Dengan PENGORBANAN yang mahal (expensive), yang tidak mengenal apa-apa bantuan dan pertolongan.
Firman Allah:
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Maksudnya:
Adakah kamu semua menyangka akan dapat memasuki Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cabaran) seperti yang telah berlaku kepada orang yang mendahului kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (musnah harta benda), serangan penyakit, serta digoyangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga Rasul dan orang yang beriman yang bersamanya berkata: “Bilakah (akan datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dab berpegang teguh kepada agama Allah).
[Al-Baqarah: 214]

Hakikatnya, lima sifat ini adalah antara keistimewaan (speciality) para pejuang -Khashaisur Rijal- yang teguh mempercayai apa yang dijanjikan Allah kepada mereka, juga merupakan antara ciri-ciri para pemuda -Mazaya asy-Syabab- yang tidak bimbangkan celaan orang yang mencela kerana (mereka berjuang kerana) Allah... disebabkan asas KEIMANAN (belive) adalah jantung (hati) –al-Qalb- yang bersih, asas IKHLAS adalah jantung (hati) – al-Fuaad- yang suci, asas KEAZAMAN adalah perasaan (sentiment) yang kuat, asas AMAL KERJA adalah kehendak yang sentiasa muda, asas PENGORBANAN adalah akidah yang teguh.. inilah sifat-sifat yang semuanya itu tidak teguh bersatu melainkan pada diri para pemuda, dan tidak khusus melainkan hanya pada pemuda-pemudi mukminin....

Dari sinilah, para pemuda mukmin dahulu dan kini di setiap peringkat dari peringkat-peringkat sejarah telah menjadi tiang sokongan bagi kebangkitan umat Islam, rahsia kekuatan Islam, pembangkit keagungan dan kemuliaan Islam, pembawa bendera dan panji-panji Islam, serta menjadi pemimpin kepada barisan batalion tentera-tentera Islam menuju keagungan dan kejayaan.

Waallahua’lam...