^-^

Monday, March 25, 2013

Amanah Ini Mengajarku Erti Tanggungjawab

Makhluk yang namanya manusia pasti pernah mengeluh. Sedar atau tidak, mengeluh itu sendiri adalah sifat asli manusia. Hanya sahaja, frekuensi dan kualiti keluhannya yang membezakan antara satu personaliti dengan personaliti lainnya. Biasanya perbezaan ini berkait dengan taraf kefahaman dan cara pandang seseorang tentang sesuatu masalah yang sedang dihadapinya. Sabar, ikhlas dan seberapa besar keinginan untuk mengubah sebuah keadaan menjadi lebih baik, biasanya akan meminima-kan isyarat-isyarat keluhan. Sebaliknya, sikap pesimis dan buruk sangka terhadap kejadian yang sedang menimpa secara automatik akan menimbulkan keluhan-keluhan yang kemudiannya beralih menjadi penyesalan.


Kenapa perlu mengeluh?? Mengeluh sebab bencana,ujian,mahupun perkara-perkara yang memberi kebaikan.Mengeluh kerana banyak tanggungjawab... Hmm, bagaimana hasil kerja itu? Adakah ikhlas yang hadir atau keterpaksaan.


Amanah atau tanggungjawab bukannya bencana yang kita sering bayangkan batu besar yang menghempap bahu kita..tetapi kita perlu memikulnya dengan penuh tanggungjawab serta ikhlas.Ia satu nikmat yang jarang kita ingatkan.


Firman Allah swt, Al Anfaal: 27. 
"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." Sedar atau tidak amanah ini mengajar kita erti tanggungjawab..
 
 Memimpin adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Amanah dan tanggungjawab ini tidak akan terlaksana tanpa adanya pemimpin yang berwibawa memeliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang tertentu, sesuai dengan tugas dan tanggungjawabnya, mengajak manusia mengabdikan diri sesungguhnya kepada Allah swt, melalui kerja-kerja memakmurkan bumi Allah swt, melakukan islah, menegakkan kebenaran, mengujudkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat dan negara.
 
Usai sudah kepimpinan aku sebagai BPP di MPKJ sesi 2012/2013... Amanah yang diberi ini sangat mengajarku erti tanggungjawab , mengajarku banyak ilmu kepimpinann,ilmu photoshop,ilmu komunikasi dan lain-lain.Siapa kata ia akan membebankan dan menyusahkan kehidupan,malah ia memberi ruang dan peluang untuk menjadi individu yang semakin proaktif dan kreatif.

Seorang pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, tidak boleh melarikan diri dari menjalankan tanggungjawabnya. Kalau dia seorang pemimpin rakyat, maka dia harus turun ke medan menemui rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka. Rakyat hendaklah dilayani dengan adil dan saksama.
Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Sesiapa yang diberi Allah swt kuasa untuk menguruskan sesuatu urusan kaum Muslimin, tetapi dia berlindung tidak menunaikan keperluan mereka atau menghiraukan kemiskinan mereka, nescaya Allah swt berlindung Diri tidak melayani hajat dan permintaannya’. (Hadis Sahih)

Ingatlah sabda Rasulullulah saw; kepada Abu Dzar ra ketika ia meminta dilantik menjadi pegawai Rasulullulah saw, Rasulullulah saw menepuk bahunya serta bersabda; ‘Hai Abu Dzar kamu seorang yang lemah sedangkan jawatan itu adalah satu amanah (tanggungjawab) yang kelak di hari kiamat menjadi hina dan menyesal kecuali orang yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipannya’.
 
~ Sukalah dengan Nikmat, suka mahupun duka~ 

Mu'tah, Jordan
23:47pm
26032013


No comments:

Post a Comment